Seiring dengan trend pelancongan kulinari yang semakin meningkat di seluruh Asia tahun ini, platform pelancongan digital Agoda menyenaraikan negara Asia yang paling aktif mencari penginapan yang menawarkan sarapan percuma.
Data dari Ogos menunjukkan Malaysia berada di tempat ketiga (12%) di kalangan pelancong yang menggunakan penapis (filter) ‘termasuk sarapan”, menyusul di belakang India (14%) dan Thailand (13%).
Sarapan percuma kini menjadi salah satu faktor pertimbangan utama bagi pelancong Asia ketika membuat tempahan penginapan.
Di Agoda, kemudahan sarapan merupakan fungsi penapis carian kedua terpenting, mengatasi semua faktor lain kecuali penarafan bintang. Ini membuktikan bahawa ketersediaan sarapan pagi memainkan peranan kritikal dalam keputusan tempahan pelancong.
Pilihan untuk menempah penginapan yang termasuk sarapan menunjukkan trend yang lebih meluas yang mana pelancong kini semakin mengutamakan kemudahan dan mencari nilai tambahan dalam pakej percutian mereka.
Sarapan percuma bukan sahaja menjimatkan kos, malah ia memberi peluang kepada mereka untuk menikmati cita rasa tempatan dan juga layanan mesra. Trend ini jelas kelihatan dalam kepelbagaian sajian sarapan di Asia, daripada hidangan tradisional hingga pilihan antarabangsa.
Data ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia lebih mementingkan permulaan hari yang lancar dan memuaskan semasa melancong.
Kecenderungan untuk memilih sarapan percuma ini turut disaksikan di beberapa negara Asia lain, termasuk Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Indonesia, dan Vietnam.
Negara-negara ini, bersama Malaysia melengkapkan senarai lapan negara teratas yang paling kerap menempah penginapan yang menyertakan sarapan pagi percuma.
Pengarah Negara Malaysia dan Brunei di Agoda, Fabian Teja berkata, “Makanan adalah elemen penting yang mewarnai pengalaman melancong, dan sarapan pagi merupakan faktor utama yang menetapkan permulaan yang baik untuk sepanjang hari.”
“Apa yang ditunjukkan oleh dapatan ini ialah pelancong mahukan kemudahan dan keaslian, mereka ingin membuat tempahan dengan mudah dan juga menikmati hidangan sarapan pagi tempatan yang lazat seperti nasi lemak, roti bakar kaya dan roti canai.”
“Dengan adanya penapis carian Agoda yang ringkas, para pelancong boleh mencari penginapan termasuk sarapan dengan mudah. Kemudahan ini membantu memastikan mereka dapat memanfaatkan setiap percutian sepenuhnya, tanpa terlepas peluang untuk menikmati keunikan di setiap destinasi.”
Pelancong yang ingin mencari penginapan ideal termasuk sarapan boleh memulakan carian mereka di Agoda. Platform ini menawarkan lebih 6 juta pilihan penginapan percutian, lebih 130,000 laluan penerbangan, dan lebih 300,000 aktiviti liburan.
Semuanya boleh digabungkan dengan mudah dalam satu tempahan sahaja. Dapatkan tawaran terbaik melalui aplikasi mudah alih Agoda dan layari Agoda.com untuk maklumat lanjut.