Bangkok memang terkenal sebagai syurga membeli-belah dan destinasi percutian yang meriah. Di tengah-tengah hiruk-pikuk kota ini, Novotel Bangkok Platinum Pratunam menawarkan kombinasi lokasi strategik, kemudahan hebat dan pengalaman menginap yang selesa — sesuai untuk mereka yang mahu menikmati segalanya dalam satu tempat.

Lokasi yang tiada tandingan

Terletak betul-betul di atas pusat beli-belah terkenal Platinum Mall dan hanya beberapa minit berjalan kaki ke Central World serta pasar borong Pratunam, hotel ini adalah syurga buat kaki ‘shopping’. Semuanya berada dalam jarak berjalan kaki, jadi anda boleh bawa pulang beg penuh tanpa perlu fikir soal pengangkutan.

Pemandangan memukau

Dari bilik penginapan, tetamu boleh menikmati pemandangan bandar Bangkok yang indah, termasuk sungai berdekatan di mana bot-bot pelancong sering melintas. Ia memberi suasana tenang di tengah kota yang sibuk.

Pilihan makanan halal yang menyelerakan.

Novotel menyediakan pilihan makanan halal, terutama hidangan Mediterranean yang asli. Sarapan paginya istimewa dengan bahagian halal tertera jelas, sudut makanan Thai, jus segar yang diperah, dan madu asli juga tersedia. Kanak-kanak pula pasti suka Kids Corner di mana mereka boleh menghias makanan sendiri.

‘Rooftop bar’ & kolam renang untuk santai petang

Nikmati suasana matahari terbenam di bar yang bersambung dengan kolam renang — tempat sempurna untuk minum petang atau makan malam romantis. Gabungan pemandangan kota dan hidangan lazat menjadikannya pengalaman yang sukar dilupakan.

Dikelilingi ajnas makanan jalanan

Turun sahaja dari hotel, anda akan disambut deretan gerai makanan jalanan dengan pelbagai pilihan termasuk yang halal. Walaupun harganya agak premium, ia tetap memudahkan tetamu yang mahu rasa makanan jalanan Bangkok tanpa perlu berjalan jauh.

Dengan kombinasi lokasi strategik, kemudahan mesra keluarga dan pilihan makanan halal, Novotel Bangkok Platinum Pratunam memang layak menjadi pilihan utama 

Dan untuk kekal dalam talian sepanjang penginapan anda di Bangkok, kami mengesyorkan menggunakan WiFi saku daripada Samurai Wifi! Sambungan WiFi bukan sahaja pantas dan cekap, malah harganya juga sangat berpatutan. Satu peranti boleh dikongsi sehingga 5 orang pengguna yang ingin sentiasa berhubung sepanjang perjalanan mereka. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Samurai Wifi.

Share:
, , , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah