Hotel Kloé yang terletak di Jalan Bukit Bintang ini mempunyai 85 bilik secara keseluruhannya. Seni bina hotel ini juga meraikan kesenian artistik khusus bagi pelancong yang gemarkan staycation dalam suasana kesibukan kota metropolitan Kuala Lumpur.

Seni bina dan rekaan dalaman Hotel Kloé ini menonjolkan identiti Malaysia yang kontemporari melalui seni dan reka bentuk. KLoé juga tidak ketinggalan untuk berkolaborasi bersama beberapa artis dan pereka tempatan dalam usaha merancakkan lagi sambutan di kalangan pelanggan. Kumpulan hotel bebas ini turut bekerjasama dengan kurator tempatan untuk mengubah suai setiap bilik tamu bagi menghasilkan sentuhan keseniaan asli dan artisan yang ditugaskan untuk menciptakan aura seakan hotel’s objets d’art. Dari tirai lampu seramik hingga ke ukiran meja hasil buatan tangan menjadi fokus utama di setiap bilik.  Lima lofts unik yang direka khas oleh lima personaliti jemputan adalah Room to Listen yang bertemakna muzik, Room to Draw bertemakan lukisan, Room to Grow bertemakan kehijauan tanaman dan sebagainya.

Lobi hotel yang dikenali sebagai The Living Room berkonsepkan rumah hijau dimana pencahayaannya datang dari pancaran cahaya matahari semula jadi. Pengunjung juga boleh membaca buku yang tersedia di rak buku yang mencecah siling, menikmati pameran artisanal yang pelbagai, dan mengongsi meja komunal 10 kaki bersama pengembara mahupun pengunjung tempatan di The Living Room.

Sebagai negara yang mempunyai akses makanan yang pelbagai, Kloé berharap untuk memartabatkan namanya sebagai destinasi makanan yang penuh sambutan. Lucky Coffee, dimiliki dan dioperasikan oleh Kloé dan syarikat naungan bersama LOKL Coffee Company, menyediakan juadah seperti sandwic, makanan ringkas, minuman nitro dan pilihan kopi yang istimewa yang terletak di The Living Room.

Tidak ketinggalan, Kloé lengkap dengan ruangan kecergasan holistik, B.est Mind & Body, untuk mengadakan senaman yoga, meditasi dan sesi kecergasan badan. Kolam renang juga terletak aras yang sama dengan B.est Mind & Body. 

Restoren Monroe berkonsepkan bistro ala California yang menyajikan makanan enak yang berdasarkan konsep pemakanan komunal. Selain menyediakn seleksi ala carte untuk sarapan pagi, Monroe juga menyajikan makanan tengahari yang berkonsepkan fusion – gabungan masakan timur dan barat.

Kloé berkolaborasi bersama Empire Eats Group, sebuah kumpulan yang terkenal dengan restoran dan bar yang pelbagai di Singapura. Empire Eats akan membawa The Secret Mermaid, sebuah bar koktel yang pernah merangkul anugerah bar koktel yang terbaik, ke Kloé untuk memberikan sentuhan kepakarannya dan menawarkan seleksi terbesar minuman alkohol American spirits di Kuala Lumpur.

Secara keseluruhannya, Hotel Kloé wajib menjadi lokasi penginapan buat mereka yang mencari lokasi yang fresh, penuh kreativiti dan terletak ditengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur.

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *