Desa Seni yang terletak di daerah Canggu semesti terlalu asing buat pengunjung dari Malaysia secara amnya. Masakan tidak kerna kita sering diceritakan dengan kesibukan pantai Kuta, keindahan padi bukit di Ubud dan keindahan penginapan mewah di Seminyak. Tapi sebenarnya pulau pelancongan Bali, goes beyond these three districts.

Apa yang menarik tentang Desa Seni Resort adalah inspirasi dari suasana rumah-rumah traditional Indonesia. Hampir 90% perabot nya adalah antik yang dikumpulkan dari seluruh pelusuk kepulauan Indonesia. Selain itu juga resort ini dikeliling dengan kebun sayuran organik yang mana hasilkan dituai untuk kegunaan restoren.

Secara jujurnya, apabila anda melangkah ke dalam bilik-bilik yang terdapat di Desa Seni ini, pastinya anda dapatkan rasakan “originality Indonesian”. Setiap fabrik adalah buatan tangan dari pengusaha tempatan serta perabot pula merupakan barangan antic yang dikumpulkan oleh pemiliknya. Terdapat beberapa jenis bilik disediakan antaranya adalah “Cabin Village” yang mana merupakan rumah terkecil diresort ini. Buat mereka yang datang berkumpulan atau keluarga, rumah yang lebih besar disediakan malah terdapat ruang tamu untuk beristirehat dan anjung yang cantik untuk menikmati pemandangan diluar.

Antara tarikan utama di Desa Seni adalah restoren mereka yang menyajikan makanan yang sihat. Ini kerana hampir 80% bahan makanan yang disediakan adalah hasilan tuaian dari kebun sayur mereka. Setiap pelosok resort anda disajikan dengan kebun sayur organik yang mana antara hasil tuaiannya adalah kobis bunga, bayam, sawi dan kalian.

Selain itu, bagi peminat Yoga, Desa Seni semestinya pilihan anda kerana setiap hari dari terbitnya fajar subuh sehingga terbenamnya matahari, kelas-kelas Yoga akan dijalankan. Kelas Yoga ini juga dibuka untuk “beginner” dan juga buat mereka yang professional. Maka tidak hairan lah Desa Seni Resort adalah destinasi percutian sihat untuk semua.

Share:
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *