Australia sememangnya terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan kesukaan warga Malaysia di rantau ini.
Selain jaraknya yang tidak terlalu jauh, ia juga kerap menjadi tumpuan berkat tempat-tempat pelancongannya yang menarik.
Salah satu kota di Australia yang menjadi kegemaran ramai adalah kota Perth di Australia Barat.
Tidak dapat dinafikan terdapat banyak pilihan penginapan di bandar raya ini, namun ada yang lebih menonjol berbanding yang lain. Teguh memuncak di kawasan Subiaco di Perth, Vibe Hotel Subiaco menyerlah di pusatnya.
Kami berpeluang menginap di hotel ini sewaktu berkunjung ke kota Perth dan di sini kami senaraikan enam sebab kenapa kami sukakan hotel ini.
- Jaraknya Yang Tidak Jauh Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth
Ia mudah ditujui kerana berada di kawasan yang sangat strategik. Jaraknya dari lapangan terbang hanyalah sekitar 20km sahaja dan jangka masa dari Lapangan Terbang Perth ke hotel tidak sampai 25 minit.
2. Senibina Bangunannya Yang Menarik
Hotel ini juga ada kelainan sendiri kerana senibina bangunannya yang unik dan cantik selain kedudukannya di pusat kawasan Subiaco.

3. Terletak di kawasan pusat yang juga berdekatan dengan pengangkutan awam
Berada di kawasan yang dipenuhi peginapan berprestij serta pusat perniagaan komersial, ia juga berdekatan dengan pusat pengangkutan awam yang memudahkan pergerakan pengunjung.
4. Bilik-bilik yang luas dan selesa
Berbekalkan aneka bilik yang dihias secara kontemporari dan eksklusif, hotel ini sesuai untuk semua jenis pengunjung sama ada keluarga ataupun rakan perseorangan.

5. Restoran dengan aneka pilihan makanan
Ia juga dilengkapi dengan dua buah tempat makan iaitu Storehouse Subiaco dan St Marks Road Co yang menawarkan hidangan lazat. Terdapat pilihan makanan berasaskan sayuran selain makanan laut bagi pelanggan yang tidak memakan daging.



6. Pemandangan indah kawasan sekitar dari kolam renangnya
Tidak ketinggalan, hotel ini turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang, gimnasium, bilik-bilik khas buat mesyuarat serta seminar selain perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Namun, yang istimewa, kolam renangnya menawarkan pemandangan kawasan kota yang sangat indah kerana ia terletak di lantai teratas.

Dengan harga yang sangat berpatutan serta perkhidmatan berkelas antarabangsa, Vibe Hotel Subiaco Perth wajar menjadi pilihan tamu yang ingin merasai kemudahan dan berlokasi strategik.
Untuk maklumat lanjut layari Vibe Hotel Subiaco Perth
Sambungan internet Travellah sepanjang berada di Australia telah dikuasakan oleh Samurai WiFi yang memberi perkhidmatan lancar tanpa gangguan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Samurai WiFi.

- Gambar sampingan oleh Yuleyana Amir

