Menuruti lampu hijau dari pihak kerajaan untuk pembukaan kembali perniagaan pelancongan, Sari Pacific Jakarta yakin untuk tetap beroperasi dengan rangkaian protokol kesihatan dan keselamatan yang telah ditingkatkan demi menjaga keselesaan para tamu sepanjang norma baru.

Kami berharap dapat menyambut lebih banyak tamu lagi, terutama di saat ini kerana PSBB (penjarakan sosial berskala besar) sedang ditukar ke tempoh PSBB Transisi (pertukaran). Protokol-protokol keselamatan dan sanitasi akan tetap kami jalankan dan terus kami tingkatkan, kerana kami berkomitmen untuk menjalankan misi kami dalam memenuhi keperluan tamu,” ujar Abhi Gurung sebagai Pengganti Pengurus Besar dari Sari Pacific Jakarta.

Sebagai salah satu hotel terbaik di Jakarta untuk segmen perniagaan dan percutian, mempertahankan perniagaan merupakan komitmen jangka panjang. Di masa sekarang ini keyakinan tentang keadaan keselamatan sangat diperlukan untuk tamu yang menginap mahupun yang hendak datang untuk menikmati hidangan di hotel. Oleh itu, sebelum memasuki kawasan lobi hotel, para tamu wajib memakai penutup muka, suhu badan harus dicatat dan tidak melebihi 37,3 darjah Celcius, tangan harus dibersihkan dan jika memiliki barang bawaan maka harus disemburkan cairan disinfektan terlebih dahulu.

Saat proses check-in, tamu akan diminta untuk mengimbas kod QR yang terhubung ke borang Pernyataan Kesihatan dan harus diisi, tamu juga harus menggunakan pen yang telah disanitasi untuk menyelesaikan pendaftaran dan pena yang telah digunakan harus dimasukkan ke tempat yang berbeza. Setiap kad kunci bilik yang akan diserahkan pun akan disanitasi terlebih dahulu.

Demi kemudahan tamu, pembersih tangan tersebar di seluruh kawasan hotel dan segala permukaan dengan tingkat sentuhan tinggi juga dibersihkan secara berkala agar selalu bersih dari kuman.

Mengadaptasi kenormalan yang baru, Sari Pacific Jakarta mempersiapkan pekerja hotel dengan kelengkapan pakaian  seragam khas yang dipakai tika membersihkan bilik. Prosedurnya , setelah tamu check-out, bilik akan disanitasi dan dilanjutkan dengan membersihkan bilik, bilik mandi, semua barang dengan sentuhan tinggi, kemudian mengganti cadar dan juga menyediakan sachet pembersih tangan di dalam bilik untuk tamu berikutnya.

Optimalisasi teknologi juga dapat terlihat di restoran hotel. Para tamu akan diminta untuk mengimbas kod QR untuk melihat menu melalui telefon pintar mereka. Kapasiti juga telah disesuaikan menurut peraturan pihak berkuasa, iaitu sebesar 50% dari had normal, oleh itu, pesanan awal sangatlah diperlukan.

Selain bilik dan restoran, seluruh peningkatan protokol kesihatan dan keselematan juga diterapkan ketika ada pertemuan atau acara di hotel. Pengaturan tempat duduk harus mengikuti peraturan jaga jarak (physical distancing), setiap tamu disediakan sachet pembersih tangan, alur masuk dan keluar tamu yang disesuaikan, serta pekerja yang dipastikan dalam keadaan sihat sebelum bertugas menyajikan makanan.

Hotel pun memutuskan untuk membentuk pasukan khas untuk menyelia dan menilai keberkesanan protokol baru ini, apakah telah diterapkan dengan baik dan sesuai dengan peraturan kerajaan.

Selain itu, untuk standard keselesaan dan keselamatan yang lebih tinggi, beberapa kemudahan baru akan diterapkan di hotel, seperti mesin sterilisasi UV, sistem pembayaran tanpa sentuhan, serta peraturan-peraturan kesihatan dan keselamatan lainnya untuk memastikan para tamu tetap mendapatkan pengalaman yang menyenangkan di Sari Pacific Jakarta.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *