[et_pb_section fb_built=”1″ _builder_version=”3.22″][et_pb_row _builder_version=”3.25″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat” min_height=”2659px” custom_margin=”-46px|auto||auto||” custom_padding=”0px|||||”][et_pb_column type=”4_4″ _builder_version=”3.25″ custom_padding=”|||” custom_padding__hover=”|||”][et_pb_text _builder_version=”3.0.74″ background_size=”initial” background_position=”top_left” background_repeat=”repeat”]

Jom staycation di Dorsett Putrajaya! Terletak di Precint 3, hotel ini menjanjikan penginapan selesa dengan dekorasi moden untuk  218 buah bilik. Bahkan kemudahan yang tersedia juga bertaraf lima bintang demi keselesaan tetamu. Satu ciri utama Dorsett Putrajaya yang tidak dapat dinafikan ialah kedudukan lokasinya.

Biarpun dikelilingi dengan pejabat-pejabat kerajaan seperti Perbadanan Putrajaya, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam dan Kementerian Kesihatan, hotel ini punya kelebihan lain yang mampu menarik ramai tetamu untuk menginap di sini.

Pertama, ia menghadap Tasik Putrajaya yang menawarkan pemandangan indah terutamanya pada waktu matahari terbenam. Kedua, ia juga berdekatan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) yang sering menjadi pilihan pasangan pengantin untuk diijabkabul. Ketiga, Putrajaya Food Truck terletak hanya beberapa ratus meter dari hotel, begitu juga dengan Skyrides Festivals Park Putrajaya. Kesemua tarikan ini boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki dari hotel.

Bercerita tentang bilik-bilik yang tersedia, terdapat lima jenis penginapan yang boleh dijadikan pilihan iaitu Dorsett Room, Deluxe Room, Deluxe Balcony Room, Deluxe Garden dan Studio. Jika mahu menyaksikan matahari terbenam sambil menikmati secawan kopi di bilik, bolehlah menempah Deluxe Room, Deluxe Balcony Room atau Studio yang menghadap ke Tasik Putrajaya. Bagaimanapun, perlu cepat buat tempahan kerana bilik-bilik ini sering menjadi rebutan.

Bagi yang membawa anak-anak kecil bercuti, Deluxe Garden mungkin bilik paling ideal kerana bilik ini mempunyai patio yang dihiasi dengan pepohon dan rumput menghijau. Jadi, anak-anak kecil boleh bermain-main di ruangan ini dengan selesa, asalkan ada mata yang mengawasi. Selain itu, boleh juga bersantai dengan pasangan sambil berkongsi cerita.

Bagi yang mendambakan sebuah pengalaman dalam suasana mewah, Studio unit merupakan pilihan terbaik. Lebih-lebih lagi jika percutian itu untuk meraikan hari-hari istimewa seperti ulangtahun perkahwinan, harijadi si dia mahupun bulan madu. Cuma harus diingatkan, Studio unit ini memerlukan tempahan lebih awal memandangkan hanya terdapat empat unit kesemuanya.

Kolam renang infiniti dan gimnasium

Selain bersiar-siar di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur, anda juga boleh mengisi masa terluang dengan berenang di kolam renang infiniti yang terletak di Rooftop hotel ini. Jika bilik anda tidak menghadap ke tasik, rebut peluang menyaksikan pemandangan indah tasik dari sini. Kerana suasananya berbeza.

Buat yang mementingkan kesihatan badan, jangan bimbang tentang kemudahan senaman di sini. The Gym beroperasi dari jam 7 pagi hingga 9 malam menyediakan alatan asas senaman yang pastinya memuaskan. Jika anda lebih suka melakukan senaman secara outdoor, ambil peluang berlari keliling Tasik Putrajaya. Sambil bersenam, boleh juga mengambil gambar-gambar menarik untuk dikongsi di akaun sosial media sendiri.

Sempena pembukaan semula, Dorsett Putrajaya menawarkan pakej promosi bilik serendah RM160 bersih sehingga penghujung tahun ini.  Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 03- 8892 8388 atau emailkan tempahan di reservations.putrajaya@dorsetthotels.com

Kredit foto : Dorsett Putrajaya

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]

Share:
, , , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *