Sempena Ramadan tahun ini, Hilton Petaling Jaya menjemput para tetamu untuk menghidupkan semula kemanisan kebersamaan menerusi bufet istimewa ‘Citarasa Nusantara ke Timur Tengah’ di Paya Serai.

Menggabungkan hidangan tempatan kegemaran ramai dengan sentuhan terpilih dari Timur Tengah, pengalaman berbuka puasa ini direka khas untuk dinikmati bersama keluarga, sahabat handai dan rakan sekerja dalam suasana yang mesra dan selesa.

Direka sebagai ruang untuk berkumpul dan beramah mesra, Paya Serai menawarkan pengalaman menjamu selera yang santai dengan pelbagai stesen masakan secara langsung serta hidangan yang sesuai untuk dikongsi.

@travellahmy

Hilton Petaling Jaya menjemput anda seisi keluarga untuk menikmati pengalaman berbuka puasa istimewa menerusi “Citarasa Nusantara ke Timur Tengah” di Paya Serai🌙🍽️ Nikmati gabungan juadah autentik Timur Tengah dan hidangan tradisi tempatan yang pasti membangkitkan selera! 🌍 Hidangan Timur Tengah Istimewa 🥙 Iskender Kebab 🍢 Lamb Shish Kebab & Lebanese Bread 🌯 Chicken Shawarma 🍮 Baklava, Dondurma (Aiskrim Turki) ☕ Kopi Turki Tradisional 🥗 Hummus, Fatoush, Baba Ganoush, Tzatziki Salsa 🇲🇾 Juadah Tradisi Tempatan Kegemaran Ramai 🔥 Kambing Madu Guling 🥩 BBQ Short Rib dengan Sos Dendeng 🍲 Sup Tulang Kambing 🍤 Mee Rebus Udang Galah 🍛 Daging Batang Pinang Berbalut Rendang Cendawan 🐟 Ikan Asam Pedas 🍚 Nasi 10 Ulam & pelbagai hidangan kawah 🍈 ISTIMEWA! Buffet Durian ➡️ **Daily Fresh Durian on Wheels** ⏰ Bermula **8.30 malam** setiap hari! 📍 Paya Serai, Hilton Petaling Jaya 📲 Tempahan awal sangat digalakkan! ✨ Jadikan Ramadan tahun ini lebih bermakna dengan sajian eksklusif dan suasana penuh kemesraan di Hilton Petaling Jaya ✨ #HiltonPetalingJaya #PayaSerai #BuffetRamadan2026 #CitarasaNusantaraKeTimurTengah

♬ original sound – n.our – n.our

Tetamu boleh menikmati gabungan menu menarik seperti Kambing Madu Guling, BBQ Short Rib dengan Sos Dendeng, Daging Batang Pinang berbalut Rendang Cendawan, Sup Tulang Kambing, Mee Rebus Udang Galah, Asam Pedas Ikan, Nasi 10 Ulam, Masak Lemak Cili Padi Podeh dan Ubi Tonyoh.

Manakala untuk hidangan Timur tengah, anda boleh jamu selera dengan Iskender Kebab, Chicken Shawarma, Lamb Shish Kebab bersama roti Lubnan, Hummus, Fattoush, Baba Ganoush, Tzatziki Salsa serta aneka Baklava. Tidak ketinggalan, kopi Turki tradisional dan Dondurma.

Penggemar durian, jangan lepaskan peluang menikmati raja buah ini bermula jam jam 8.30 malam di perkarangan hotel. Makanlah durian sepuas-puasnya kerana ada lori yang menunggu di luar.

Bufet makan malam Ramadan ini ditawarkan pada harga RM178 bersih seorang dewasa dan RM89 bersih seorang kanak-kanak (6–12 tahun) dari 19 hingga 22 Februari dan 19 hingga 20 Mac 2026.

Manakala dari 23 Februari hingga 18 Mac 2026, harga adalah RM228 bersih untuk dewasa dan RM114 bersih untuk kanak-kanak.

Ahli Hilton Honors boleh menikmati penjimatan 10%, manakala tawaran awal 20% disediakan melalui SevenRooms dengan deposit 50%, terhad kepada 200 tetamu terawal bagi setiap tarikh. Kadar istimewa untuk berkumpulan turut ditawarkan untuk tempahan 30 orang dan ke atas.

Bagi tetamu yang inginkan suasana lebih eksklusif, bilik makan peribadi disediakan dengan caj tambahan, termasuk pembuka selera iftar dan menara minuman, pada harga RM300 bersih untuk sehingga 10 orang atau RM600 bersih untuk sehingga 14 orang.

Selain itu, tetamu yang berbelanja minimum RM600 bersih dalam satu resit dari 19 Februari hingga 20 April 2026 berpeluang menyertai cabutan hadiah istimewa berupa penginapan 3 hari 2 malam di Premium Suite Riverview di Hilton Kuching lengkap dengan sarapan dan akses Executive Lounge untuk dua orang.

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila hubungi +603 7955 9122, WhatsApp +6016 216 0414, emel ke PETHI_FB@hilton.com atau buat tempahan melalui SevenRooms.

Share:
, , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah