Bask Bear Coffee & Toasties, menjadi penaja makanan dan minuman filem Itam: A Sun Bear Story, dokumentari penuh yang pertama Malaysia, mengisahkan Beruang Matahari Malaya yang terancam.
Pengumuman ini dibuat ketika majlis mengumumkan kerjasama antara Brainchild Pictures Malaysia Sdn Bhd dan Tourism Malaysia baru-baru ini. Kerjasama ini merupakan sebahagian daripada usaha mempromosikan filem ini bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Penajaan ini membawa makna tersendiri buat Bask Bear Coffee & Toasties kerana identiti jenama itu sendiri terinspirasi daripada Beruang Matahari Malaya. Spesies dari Asia Tenggara ini mencerminkan nilai keberanian dan kemesraan yang membentuk identiti jenama sejak awal penubuhannya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, berkata kerjasama ini mencerminkan inspirasi jenama Bask Bear sejak awal penubuhan serta sokongannya terhadap usaha pemuliharaan di Malaysia.
“Bask Bear diinspirasikan oleh Beruang Matahari Malaya sejak hari pertama. Sebab itu kami memilih untuk menyokong Itam,” kata Loo. “Kerjasama ini membolehkan kami membantu meningkatkan kesedaran dan mengetengahkan warisan Malaysia ini ke peringkat lebih luas.”
“Kami sangat bangga dapat menyokong Itam, yang turut mendapat pengiktirafan Tourism Malaysia, dan menghargai usaha bermakna Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo (BSBCC) di Sandakan dalam melindungi spesies terancam ini,” tambah beliau.
Diterbitkan oleh Brainchild Pictures, Itam: A Sun Bear Story membawa penonton mengikuti perjalanan seekor beruang matahari di bawah jagaan BSBCC yang diselamatkan, diberi pemulihan dan dikembalikan ke habitatnya.”
“Melalui jalan penceritaan yang menyentuh hati dan visual menarik, filem ini menyeru orang ramai supaya lebih prihatin terhadap salah satu spesies paling terancam di Asia Tenggara dan habitat hutan hujan kita.
Raymond Tan berkata, kerjasama dengan jenama seperti Bask Bear ini membantu membawa filem Itam kepada lebih ramai orang, tidak terhad kepada penonton di pawagam.
“Itam: A Sun Bear Story merupakan seruan untuk melindungi salah satu spesies hidupan liar paling terancam di Malaysia. Kisah Itam menunjukkan bagaimana seekor beruang matahari yang pernah diselamatkan dapat kembali ke habitatnya. Ia turut mencerminkan cabaran yang dihadapi haiwan lain apabila habitat mereka semakin terancam.
“Kami menghargai sokongan rakan penaja seperti Bask Bear yang membantu membawa mesej pemuliharaan ini kepada orang ramai secara lebih berkesan,” tambah beliau.
Bask Bear memperkenalkan menu edisi terhad bertemakan Itam, yang diinspirasikan oleh beruang matahari dan hutan tropika Malaysia.
Menu ini menampilkan Charcoal Toasties baharu Bask Bear dan minuman istimewa berasaskan gula Aren® tempatan dari Borneo. Tersedia sehingga 21 Januari 2026, menu edisi terhad ini turut menekankan sokongan Bask Bear terhadap sumber tempatan dan kesedaran alam sekitar.

Bask Bear turut memperkenalkan koleksi barangan eksklusif Brader BLE, yang boleh didapati di semua cawangan untuk tempoh terhad. Koleksi ini memberi peluang kepada peminat merasai pengalaman istimewa bagi setiap kolaborasi jenama.
Inisiatif ini merupakan salah satu dari komitmen berterusan jenama tersebut dalam menyokong usaha BSBCC, termasuk kempen kesedaran ‘Save Our Sun Bear’ dan program mengambil beruang angkat pada 2023. Usaha-usaha ini menunjukkan peningkatan kesedaran dalam kalangan jenama Malaysia untuk mengintegrasikan kelestarian dalam setiap inovasi perniagaan.

