Jenama hotel tersohor dunia, Radisson memang dikenali di persada antarabangsa. Dan kemunculannya di Malaysia sudah lama dinanti-nantikan.
Mungkin ramai yang belum tahu bahawa, hartanah pertama di bawah jenama tersebut sudahpun ada di Malaysia namun ia bukanlah di pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Walau bagaimanapun, jika anda sedang mencari penginapan yang selesa di kawasan Kajang-Putrajaya, Park Inn by Radisson Putrajaya adalah pilihan yang tepat.
Dengan lokasi strategik berhampiran beberapa institusi pengajian tinggi ternama dan hanya beberapa minit sahaja dari pusat pentadbiran Putrajaya dan Cyberjaya, ia juga menawarkan sajian makanan yang memikat selera, selain kemudahan moden pada harga yang sangat berpatutan.
Setelah berpeluang bermalam di sini, kami yakin bahawa hotel ini menjanjikan pengalaman menginap yang menyenangkan.
Berikut adalah enam sebab mengapa anda patut mempertimbangkan hotel ini untuk percutian atau urusan kerja anda sekiranya perlu berada di kawasan Kajang dan Putrajaya:
1.Lokasi Strategik
Terletak di Taman Unipark Suria, Kajang, hotel ini berdekatan dengan beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). Lokasinya juga memudahkan akses ke IOI City Mall, MAEPS Serdang, dan pusat pentadbiran Putrajaya, menjadikannya pilihan ideal untuk pelancong, keluarga pelajar, atau profesional akademik.
Malah perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang juga hanya mengambil masa sekitar 30 minit dari hotel ini.

2. Kolam renang Yang Menarik
Nikmati masa santai di kolam renang yang luas sambil menghirup udara segar dan melihat panorama sekeliling. Ia merupakan tempat yang sempurna untuk melarikan diri seketika daripada kesibukan bandar dan menikmati suasana yang tenang.


3. Kari Kepala Ikan Istimewa di RBG Bar & Grill
Restoran RBG Bar & Grill di hotel ini terkenal dengan kari kepala ikan istimewa yang disediakan oleh chef berpengalaman. Hidangan ini menggunakan ikan segar yang dimasak selepas pesanan dibuat, memastikan rasa yang autentik dan memuaskan. Selain itu, restoran ini juga menawarkan bufet hi-tea hujung minggu setiap Sabtu dan Ahad dari 12 tengah hari hingga 4 petang, dengan pelbagai pilihan makanan tempatan dan antarabangsa. Malah ia juga sebuah restoran yang bebas alkohol. Ini menjadikannya sebuah restoran pilihan ramai tamu yang beragama Islam.






4. Layanan dan Perkhidmatan Berkualiti
Staf di Park Inn by Radisson Putrajaya dikenali dengan layanan yang mesra dan profesional. Dari saat anda melangkah masuk, setiap keperluan dan permintaan anda akan diuruskan dengan penuh dedikasi dan keikhlasan, memastikan pengalaman menginap yang menyenangkan dan bebas dari sebarang kesulitan.

5. Harga Bilik Berpatutan
Harga bilik di hotel ini juga sangat berpatutan dan ini memberi peluang kepada ramai orang untuk mencuba pengalaman bermalam di sini.


6. Sesuai Untuk Bermesyuarat
Hotel ini juga mempunyai banyak ruang untuk penganjuran acara dan mesyuarat. Ini menjadikannya lokasi sesuai untuk berbincang dan mengadakan seminar penting.
Sama ada anda datang untuk urusan kerja, lawatan keluarga, atau sekadar ingin berehat, Park Inn by Radisson Putrajaya menawarkan gabungan keselesaan, kemudahan, dan citarasa tempatan yang autentik, menjadikannya pilihan utama untuk penginapan di kawasan Kajang-Putrajaya.
Untuk maklumat lanjut dan urusan pesanan atau reservasi, layari laman sesawang mereka di Park Inn By Radisson Putrajaya.

