Hari yang kita memiliki rambut yang cantik merasakan seakan kita pun boleh menawan dunia. Dengan slogan “Rambut Supa, Hari Supa”, SAFI Shayla, pakar penjagaan rambut wanita berhijab baru-baru ini melancarkan rangkaian Penjagaan Rambut SUPA baharu yang mampu memberikan hasil rambut yang teramat hebat setiap hari dalam 2 langkah mudah.
Nama rangkaian produk baru ini, “SUPA”, merupakan slanga berjiwa muda, bergaya dan urban yang bermaksud “Super (hebat)”, khas menyasarkan pengguna Safi Shayla yang terdiri daripada para hijabi yang muda. Safi Shayla ingin terus memberi inspirasi kepada wanita muda supaya mereka percaya bahawa mereka memiliki kehebatan untuk menjadi apa saja yang mereka diimpikan, termasuk memiliki hari yang rasa ‘Supa’ setiap hari dengan adanya rambut yang ‘Supa’.
Selain menempuh cabaran mencapai impian, para hijabi juga harus menhadapi masalah rambut seperti rambut kering, berminyak, leper serta berbau kepam di rutin harian. Kombo penjagaan rambut SAFI Shayla SUPA yang terbaharu ini iaitu Syampu dan Krim Tanpa Bilas Supa Lembut & Wangi merupakan penjagaan menyeluruh yang dirumus khas bagi memberikan rambut berhijab kelembutan yang lebih hebat dan rasa supa ringan, digandingkan dengan haruman yang berkekalan sehingga 72 jam lamanya. Selain memiliki Minyak Habbatus Sauda Organik yang penuh bernutrisi, formulasi rangkaian ini juga ditambah dengan kombinasi 11 Minyak Pati semula jadi yang mampu memberikan anda rambut yang 11X lebih berkhasiat!
Dua Langkah Mudah untuk memiliki Rambut yang Supa setiap hari:
- Gunakan Syampu SAFI SUPA Smooth & Fragrant bagi mencapai kelembutan yang hebat bak sutera, kerana ia menjadikan rambut lebih lembut, lebih mudah diurus, tidak berminyak dan ringan, berserta haruman menawan yang berkekalan sehingga 72 jam!
- Sapukan Krim Tanpa Bilas SAFI SUPA Smooth & Fragrant pada rambut yang lembap untuk mentransformasikan rambut kusut dan tidak terurus kepada belaian rambut yang lembut bak sutera dengan haruman menawan! Menjimatkan masa tanpa perlu bilas, mudah dan tanpa rasa melekit!
Krim Tanpa Bilas SAFI Supa Baharu ini memiliki fungsi pelbagai kegunaannya seperti pelindung haba, penggaya dan pengbaiki rambut sebelum dan selepas membuka tudung ataupun bila-bila masa jua! Bagi mereka yang mengalami masalah rambut gugur, Krim Tanpa Bilas SAFI Supa juga terdapat dalam variasi lainnya iaitu Kawalan Rambut Gugur dan Wangi yang mempunyai kandungan tambahan bunga calendula bagi membantu mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan masalah keguguran rambut.
Kempen pelancaran SAFI Supa berlangsung kini sehingga bulan September di TV dan digital, di samping promosi-promosi hebat seperti Percuma Beg Shopping Supa Pink dengan pembelian di stor tertentu, program pertukaran syampu dan jualan hebat. Apa yang lebih seronok, SAFI Shayla akan menghadiahkan Vespa yang berwarna pink bernilai RM17,000 sebagai Hadiah Utama berserta Hadiah Wang Tunai Mingguan sejumlah RM1,000 kepada para pemenang bertuah yang menyertai Peraduan Whatsapp & Menang Vespa. Peraduan ini akan diadakan di seluruh negara mulai 1 Julai – 31 Julai 2021, dan para peserta hanya perlu menyertai dengan pembelian minimum sebanyak RM15 bagi mana-mana produk SAFI Shayla SUPA.
SAFI Shayla SUPA kini boleh didapati di kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini daripada SAFI, layari laman sesawang rasmi SAFI di http://www.safi.com.my , laman Instragram Rasmi SAFI di http://www.instagram.com/SAFIMalaysia, laman Facebook Rasmi SAFI di http://www.facebook.com/SAFI.MY dan hashtag #SafiSupa #RambutSupaHariSupa #SafiShayla #HijabHaircare
Saksikan video #SafiSupa di sini: https://www.youtube.com/watch?v=yjTzUGq8sEk

