Rakyat Malaysia yang mencari percutian akhir tahun yang penuh keajaiban boleh merasai semangat perayaan seperti tidak pernah sebelum ini di Hong Kong WinterFest!
Dari 14 November 2025 hingga 4 Januari 2026, kawasan Central bandar ini akan diubah menjadi Winter Wonderland yang menakjubkan, membawa kegembiraan dan kilauan Krismas melalui lampu berwarna-warni, pengalaman imersif, dan perayaan yang menghangatkan hati.

Immersive Light Show in Central
Dari 28 November 2025 hingga 4 Januari 2026, Central Hong Kong akan hidup dengan suasana luar biasa melalui debut ‘Immersive Light Show in Central’ yang pertama, di mana lapan bangunan ikonik diubah menjadi kanvas 3D beriluminasi dan muzik perayaan, satu pertunjukan magik yang menerangi bandar dan menangkap semangat musim ini.

Pengunjung dari semua peringkat umur boleh melangkah ke Christmas Town di Statue Square Garden, sebuah taman perayaan yang dihias dengan tema mainan berwarna-warni seperti kapal angkasa, patung boneka, dan kereta api mini.
Tarikan utama adalah pokok Krismas luar yang setinggi 20 meter, dibalut dengan reben berkilauan seperti hadiah raksasa, menyinari seluruh kawasan taman.

Kemeriahan perayaan akan diserikan lagi dengan persembahan lagu-lagu Krismas secara langsung dan kunjungan mengejut oleh Santa Claus, sementara pasar Krismas dengan 12 gerai menawarkan juadah bermusim, hadiah, dan bengkel interaktif.
Sebagai lanjutan semangat perayaan, Chater Road akan diubah menjadi Starlight Boulevard, dengan lebih 30 pokok dihias lampu berkilau, jambatan pejalan kaki yang bersinar, dan pemasangan pokok Krismas gantung di atas Chater House. Bermula 5:00 petang setiap hari, pengunjung boleh menikmati pengalaman luar yang keajaiban di Chater Road .

Di LANDMARK Atrium, pengunjung boleh menjelajahi Noëlia, sebuah pemasangan menakjubkan seluas 30 meter dengan rumah api setinggi 11 meter dan Wishing Lake interaktif terbesar Hong Kong seluas 12×12 meter, lokasi sempurna untuk bergambar kenangan musim perayaan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Pengerusi Hong Kong Tourism Board (HKTB), Dr Peter Lam berkata, Hong Kong Winter Fest tahun ini dibentangkan dalam format baharu,menampilkan susunan acara paling meluas dan mewah setakat ini.
“Kami berhasrat untuk mewujudkan suasana perayaan yang menyeluruh di seluruh bandar dan memperkukuh kedudukan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan musim sejuk utama di Asia.”
“Kami berbesar hati bekerjasama dengan Hongkong Land untuk menjadikan Central sebagai Winter Wonderland. Bersama dengan ‘Immersive Light Show in Central’ yang baharu ini, Central akan menjadi destinasi perayaan baharu yang menakjubkan.”
Tawaran Perayaan di Seluruh Bandar
Untuk menjadikan percutian anda lebih bermakna, HKTB bekerjasama dengan jenama pelancongan dan runcit untuk melancarkan kempen Winter Fest Delights pada bulan Disember. Promosi ini menampilkan lebih daripada 300 tawaran eksklusif untuk makan, beli-belah, tarikan pelancongan, dan pengangkutan.
Semua tawaran ini boleh didapati melalui platform dalam talian sehenti, memudahkan pengunjung merancang dan menikmati percutian musim sejuk yang tidak akan dilupakan.
Selain di Central, pusat beli-belah, taman tema, hotel, dan tarikan pelancongan Hong Kong akan dihias dengan dekorasi perayaan dan menganjurkan pelbagai sambutan Krismas dan Tahun Baru.
Kemuncak perayaan? Pertunjukan bunga api countdown Tahun Baru, yang menerangi Victoria Harbour dengan spektakel memukau, menyambut 2026 dengan kegembiraan dan keajaiban.
Sama ada untuk menangkap detik menarik di Instagram di bawah sinaran lampu berkilauan, menikmati beli-belah musim perayaan, atau merasai tarikan bertaraf dunia, Hong Kong menjanjikan rakyat Malaysia percutian musim sejuk yang tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Hong Kong Winter Fest, sila lawati: http://www.discoverhongkong.com/winterfest

