Bask Bear Coffee & Toasties baru-baru ini mengumumkan sokongannya terhadap Kempen Visit Malaysia 2026 melalui penajaan berskala besar yang memberi manfaat kepada 100,000 pelancong dari luar negara serta rakyat Malaysia, menerusi tawaran menarik yang dijangka memeriahkan landskap kopi tempatan.
Bask Bear Coffee & Toasties menaja 100,000 minuman percuma yang bernilai RM1.2 juta untuk pelancong luar negara melalui tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ bagi siri minuman Aren, yang menggunakan gula aren beraroma karamel dari Borneo, sebagai alternatif yang lebih baik berbanding gula perang atau madu.

Sementara itu, rakyat Malaysia boleh menikmati minuman Americano percuma setiap hari dengan hanya RM29 sebulan melalui pelan ‘Bask Bear Club’, iaitu bersamaan kira-kira 97 sen secawan, tawaran terbaik di pasaran pada masa ini.
Kerjasama jenama tempatan, Bask Bear Coffee & Toasties, bersama Tourism Malaysia ini diumumkan dalam satu majlis yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Tiong King Sing.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, berkata Bask Bear Coffee & Toasties merupakan jenama gaya hidup tempatan pertama yang melaksanakan
penajaan berskala besar untuk VM2026 yang memberi manfaat kepada pelancong dan rakyat Malaysia.
“Kami mahu menyokong usaha Tourism Malaysia menarik pelancong antarabangsa menikmati destinasi menarik negara. Cara terbaik ialah memperkenalkan siri Gula Aren istimewa kami yang menggunakan bahan dari Borneo. Pelancong dapat menikmati satu minuman percuma dengan setiap pembelian minuman Aren Aerocano, Aren Latte atau Aren Cocoa.
“Pada masa yang sama, kami mahu menghargai rakyat Malaysia yang telah menyokong kami. Dengan Bask Bear Club, orang ramai boleh menikmati minuman Americano percuma setiap hari pada harga RM29 sebulan. Pelanggan juga boleh memilih minuman kopi yang lain dengan tambahan RM3.90 atau RM9.90 untuk toasties setiap hari.
Kami turut memberikan satu bulan tambahan secara percuma sebagai tawaran pengenalan bagi menyokong pelancongan domestik. Jadi, pelanggan dapat menikmati dua bulan dengan hanya RM29, bersamaan kurang daripada 49 sen untuk setiap cawan kopi,” kata Loo.
Untuk menebus tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ ini, pelancong hanya perlu menunjukkan tangkapan layar banner Bask Bear di laman rasmi VM2026 (https://www.malaysia.travel/) berserta pasport mereka di mana-mana cawangan Bask Bear Coffee & Toasties.
Tiong, dalam ucapannya, mengalu-alukan usaha Bask Bear Coffee & Toasties dan menggesa lebih banyak jenama tempatan tampil menyokong kempen VM2026, memandangkan penglibatan sektor swasta amat penting dalam memacu promosi pelancongan negara.
Beliau berharap kerjasama bersama Bask Bear Coffee & Toasties ini membantu VM2026 mencapai sasaran 47 juta pelancong antarabangsa dan RM329 bilion dalam perbelanjaan pelancongan.

