Bulan Ramadan merupakan bulan yang paling berkah untuk beribadat. Sambil mempersiapkan diri untuk ketibaan Syawal dan sempena bulan yang mulia ini, Marrybrown®️ selaku rangkaian Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan terbesar, kembali lagi dengan Menu Riang Ramadan Raya dengan memperkenalkan hidangan terbaharu Ayam Penyet bersama sajian istimewa kegemaran ramai.

Disediakan secara eksklusif sepanjang bulan Ramadan dan Syawal bermula hari ini sehingga 28 April 2024. Kali ini, Marrybrown®️ menawarkan menu dengan ‘sesuatu yang berbeza’ yang menjanjikan hidangan yang pasti memikat selera pelanggan.

“Tahun ini, Marrybrown®️ teruja untuk memperkenalkan menu Riang Ramadan Raya yang menjanjikan pengalaman kulinari yang tidak dapat dilupakan. Memandangkan tawaran yang terdahulu mendapat sambutan baik, kali ini kami tidak sabar untuk meningkatkan lagi citarasa anda dengan menu Ayam Penyet kami yang dihidangkan dengan Ayam Goreng MB®️ yang rangup istimewa dan disempurnakan dengan ramuan yang menyelerakan,” kata Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®️.

Nikmati keenakan yang memukau dengan Kombo Burger Ayam Penyet yang menampilkan Ayam Goreng MB®️ yang diapit dengan roti gebu hijau, dengan sambal istimewa, bermula harga dari RM17.60. Wajib cuba untuk Kombo Nasi Ayam Penyet, dengan hidangan nasi aroma yang bersama dengan Ayam Goreng MB®️ bersama kriuk kriuk yang rangup, tempe, sambal istimewa dan dilengkapkan dengan sup, bermula harga dari RM16.90.

Penggemar ayam boleh mendapatkan Kombo Ayam Penyet yang dihidangkan dengan 2 ketul Ayam Goreng MB®️ bersama kriuk kriuk rangup, dan sos sambal istimewa, bermula harga dari RM19.50. Hilangkan dahaga anda dengan Green Apple Fizz bersama Chewy Pearls, minuman berperisa epal hijau dan boba yang menyegarkan, tersedia dengan semua hidangan kombo.

Bagi mereka yang inginkan sajian yang lengkap, hidangan Ayam Penyet Box Meal adalah pilihan terbaik dengan gabungan kombo yang pasti memuaskan citarasa anda.

Hidangan ini menampilkan Burger Ayam Penyet, 1 ketul Ayam Penyet, kentang goreng, dan Green Apple Fizz bersama Chewy Pearls, bermula harga dari RM26.90. Disempurnakan lagi hidangan anda dengan Pai Coklat yang menampilkan isi coklat yang kaya berkrim dalam pastri rapuh yang sedap, bermula harga dari RM4.50.

“Komitmen kami bukan sahaja untuk menyediakan hidangan yang lazat, kami juga berhasrat untuk mencipta pengalaman kulinari yang mencerminkan semangat perpaduan dalam meraikan pelbagai budaya di Malaysia.”

“Kami berharap menu ‘sesuatu yang berbeza’ kali ini, dapat memikat selera rakyat Malaysia apabila mereka berbuka puasa bersama yang tersayang. Justeru itu, kami juga berharap bahawa tawaran terbaharu kami ini mampu menawarkan sentuhan istimewa dalam menyerikan lagi suasana Hari Raya bersama keluarga dan kenalan terdekat,” kata Daniel.

Marrybrown®️ mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada saudara dan saudari yang beragama Islam di seluruh Malaysia. Marrybrown®️ kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan menyediakan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman makan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut tentang Marrybrown®️, MB®️ App, promosi, dan perkhidmatan penghantaran, sila layari https://marrybrown.com/ atau ikuti mereka di Facebook: Marrybrown Malaysia dan Instagram: Marrybrownmy

Share:
, ,
You may also like
Latest Posts from Travellah