Nespresso membawakan detik positif dan ‘feel-good’ kepada penggemar kopi di Malaysia menerusi rangkaian kopi Barista Creations for Ice dan resipi-resipi kopinya yang direka dengan teliti. Diilhamkan oleh keenakan rasa tropika dan minuman kebangsaan Brazil – Caipirinha – dengan gandingan limau nipis dan pudina, maka terhasillah kopi Barista Creations Liminha over Ice baharu yang cukup menyegarkan.

Warna kuning lemon dan cetakan daun tropika yang menghiasi corak musim panas Nespresso yang terkini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada kesemarakan landskap Brazil, yang bakal menyatukan penggemar kopi menerusi semangat yang positif dan aura yang baik.

Kempen yang mengetengahkan aura positif Brazil ini menggalakkan penggemar kopi untuk  memperbaharui rutin kehidupan mereka dan memulakan rutin positif baharu bagi membantu merealisasikan aspirasi mereka, menerusi set amalan kesejahteraan yang dikenali sebagai ‘Summer Rituals’.

Ritual yang bertujuan menawarkan inspirasi dan panduan positif ini terdiri daripada amalan-amalan kesejahteraan yang boleh dipraktikan termasuklah Sip & Shine (menyediakan diri untuk menjalani kehidupan harian), Sip & Breathe (memupuk hubungan dengan diri sendiri), Sip & Escape (mendekati alam semulajadi), dan Sip & Bloom (mengeratkan hubungan dengan orang di sekeliling), di mana semuanya membawa kepada rutin dan gaya hidup yang lebih baik.

Ritual tersebut akan disampaikan sepanjang kempen ini menerusi mantra positif, resipi kopi dan kandungan lain berkaitan dengan kehidupan yang sihat.

Nespresso percaya bahawa ini adalah masa yang ideal untuk memulakan rutin baharu, sama ada dengan menikmati secawan espresso di pagi hari di samping amalan yoga, atau dengan segelas kopi ais yang menyegarkan sambil merenung kembali dan menulis jurnal, di mana kopi merupakan elemen asas yang membantu mengekalkan ritual yang membangkitkan semangat ini.

Lebih menarik lagi, Nespresso kini berganding bahu bersama personaliti antarabangsa terkenal dari Brazil, Alessandra Ambrosio, yang akan mewakili kempen ini dalam mencerminkan mantra positif dan ritual-ritual yang meningkatkan semangat ini.

Alessandra Ambrosio sememangnya sentiasa menggalakkan gaya hidup sihat dan seimbang. Di samping mantra yang positif dan kopi ais berperisa eksotik baharu, koleksi musim panas Nespresso turut membawakan aksesori edisi terhad, yang digandingkan dengan resipi kopi berais yang menyegarkan.

Kesemuanya bakal ditonjolkan menerusi filem kempen yang menampilkan bagaimana Alessandra Ambrosio menghayati ritual ini, bertapak di Brazil dan diperkasa oleh kopi yang unggul.

Campuran kopi menyegarkan untuk mengelak bahang

Tahun ini, rangkaian Nespresso Barista Creations for Ice membawakan sensasi limau nipis dan daun pudina tropika sebagai tambahan yang menyegarkan untuk membantu mengelak bahang cuaca panas.

Bagi menawarkan aura musim panas di Brazil, Liminha over Ice dihasilkan dengan Ilham perisa Brazil dengan nota rasa limau nipis dan daun pudina menerusi kopi panggangan ringan dari serata dunia. Kombinasi tropika klasik yang digandingkan bersama Arabica dengan unsur buah-buahan yang ringan menimbulkan rasa manis seakan lemon serta bayangan kepahitan kopi ini begitu sesuai dinikmati dengan ais.

Kopi baharu ini boleh didapati bersama kopi Barista Creations for Ice Coconut Flavour over Ice yang terkenal dan Barista Creations for Ice yang bermusim – Freddo Intenso dan Freddo Delicato – yang kini kembali khususnya buat para penggemar kopi.

Barista Creations for Ice sebaiknya disediakan dengan satu kapsul kopi (espresso, 40ml) dituang atas segenggam kiub ais (90g) dan diikuti dengan air sejuk dan susu sejuk (90ml) supaya nota rasanya benar-benar menonjol.

Nespresso meneliti parameter panggang dan kisar bagi setiap campuran, untuk memastikan rasa dan kualiti kopi tetap berada di tahap terbaik walaupun setelah ais cair. Dengan hanya satu sentuhan butang pada mesin kopi kami – sama ada Nespresso Atelier atau Nespresso Essenza Mini – penggemar kopi boleh merasai detik feel-good dengan kopi Nespresso pada musim panas ini.

Untuk menyemarakkan lagi detik-detik kopi, Nespresso mencipta resipi kopi ais yang inovatif untuk dinikmati dalam cuaca panas di Malaysia, iaitu Brazilian-Inspired Mocktail, Liminha Over Ice Refresher, Coconut Flavour Over Ice Coffee Frappé , Freddo Intenso Fig Banana Shake dan Freddo Delicato Maracujá Frappé  bagi pengalaman kopi yang menyegarkan. Resipi-resipi tersebut boleh didapati di https://www.nespresso.com/my/en/summer2022.

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai Nespresso Malaysia, layari laman Instagram rasmi (@nespresso.my) atau laman Facebook (Nespresso.MY) kami dan dapatkan berita terkini tentang produk terbaru.

Share:
, , , ,
You may also like
Latest Posts from Travellah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *